Antara ahli keluarga mangsa yang menunggu proses bedah siasat pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam seorang pelajar lelaki pagi tadi ketika di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Foto MOHD ADZLAN, 14 OKTOBER 2025.

KUALA LUMPUR – Mayat pelajar perempuan yang maut akibat ditikam di sebuah sekolah di Petaling Jaya, semalam dijangka disemadikan Isnin ini.

Menurut maklumat yang diterima Malaysia Gazette, upacara pembakaran mayat akan dilaksanakan jam 11 pagi Isnin manakala penghormatan terakhir dan ziarah boleh dilakukan bermula esok.

Terdahulu, media melaporkan, jasad gadis berusia 16 tahun itu sudah dituntut keluarga, jam 7.30 pagi tadi di Unit Patologo Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Urusan tuntutan tersebut dilakukan selepas proses bedah siasat yang difahamkan selesai awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dijangka memberi perincian berhubung perkembangan kes tersebut termasuk keputusan permohonan reman terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki menikam mangsa.

Suspek ditahan polis semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pelajar sekolah maut ditikam menjerit minta tolong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast