Dr. Boi Saidi Abd Razak

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Doktor2 Islam Malaysia (Perdim) kecewa terhadap keputusan mengekalkan kadar minimum fi konsultasi pengamal peruatan klinik swasta sebanyak RM10 dalam pembentangan Belanjawan 2026, baru-baru ini.

Presidennya, Dr. Boi Saidi Abd. Razak berkata, keputusan mengekalkan kadar minimum itu seolah-olah kerajaan gagal memahami peranan besar klinik swasta sebagai pemegang taruh di dalam penjagaan kesihatan primer.

Oleh itu, Perdim meminta kerajaan melihat fi minimum konsultasi pengamal perubatan swasta di negara-negara jiran contohnya di Indonesia yang mengenakan kadar RM30 dan Singapura RM105.

“Perdim secara tegas menyatakan kekecewaan terhadap fi minimum yang masih bernilai RM10,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dr. Boi berkata, Perdim berkata, kadar dicadangkan kepada kerajaan sebelum ini adalah RM50.

Namun, katanya, Perdim menyambut baik kenaikan fi perundingan antara RM10 hingga RM80 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2026.

Dalam pembentangan itu, kerajaan menyemak semula kadar fi perundingan pengamal perubatan am kepada antara RM10 hingga RM80, berbanding RM10 hingga RM35 sebelum ini.

Langkah itu, kata perdana menteri memberi ruang lebih fleksibel sesuai dengan tahap perkhidmatan ditawarkan, sambil mengekalkan kadar minimum yang tidak membebankan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast