[ARKIB] Runtuhan selepas serangan udara Israel ke atas rakyat Palestin AFP

TEHRAN – Perang selama dua tahun di Semenanjung Gaza telah menyebabkan 90% kediaman rosak atau musnah, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengurus Komunikasi di UNICEF di Gaza, Tess Ingram berkata, sembilan daripada 10 rumah di Semenanjung Gaza telah musnah atau rosak.

Pada masa ini, majoriti penduduk di Gaza tinggal di rumah tanpa dinding atau kehilangan tempat tinggal atau menetap dalam khemah.

Menurutnya, walaupun bantuan kemanusian sudah memasuki Gaza sejak gencatan senjata namun hakikatnya mereka masih menghadapi sekatan Israel.

Laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bekalan penting, termasuk ubat-ubatan, makanan, air, dan produk sanitari, sudah kehabisan.

Ratusan ribu keluarga yang berpindah kini tinggal di dalam khemah yang sesak dan menghadapi keadaan kemanusiaan yang teruk.

Sekurang-kurangnya 67,938 orang telah terbunuh dan 170,169 cedera di wilayah yang dikepung, dengan ribuan lagi dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan sejak 7 Oktober 2023, apabila rejim Israel melancarkan perang yang dahsyat ke atas Gaza.

Rejim Israel memulakan perang terhadap Semenanjung Gaza, dengan dua objektif utama untuk memusnahkan pergerakan Hamas dan mendapatkan semula tawanan Israel dari wilayah itu, tetapi ia gagal mencapai matlamat ini dan terpaksa bersetuju dengan pertukaran tahanan sebagai sebahagian daripada gencatan senjata. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast