Danial Al-Rashid
Danial Al-Rashid.

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional, Danial Al-Rashid mencadangkan semua sayap pemuda tanpa mengira parti politik mengadakan perbincangan bersama bagi mencari penyelesaikan kepada isu yang membelenggu institusi pendidikan negara.

Menurut beliau, Pemuda Amanah bersedia menjadi hos kepada sayap pemuda parti politik serta pihak-pihak berkepentingan lain dalam mengadakan sesi perbincangan tersebut.

Jelasnya, isu pendidikan kini disifatkan semakin membimbangkan, justeru sudah tiba masanya semua pihak duduk semeja bagi bersama-sama mencari jalan penyelesaian.

“Saya mencadangkan agar semua sayap pemuda di Selangor – Pemuda Pas Selangor, Pemuda UMNO Selangor, Angkatan Muda Keadilan, DAPSY, Armada Bersatu, dan IKRAM Muda Selangor, duduk semeja membincangkan masa depan pendidikan negara kita.

“Isu ini melangkaui warna politik. Ia soal anak-anak kita, soal masa depan Malaysia.

“Saya sedia menjadi host bagi pertemuan ini kerana saya percaya masa depan pendidikan negara hanya boleh dibina melalui kesatuan idea, bukan perbalahan kepartian,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau.

Sementara itu, Danial berkata, setakat ini, beberapa pimpinan sayap pemuda parti politik telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan sesi perbincangan tersebut namun tidak menyatakannya pemimpin berkenaan.

Ketika ini, sistem pendidikan negara berdepan pelbagai isu yang mengundang kritikan orang ramai susulan beberapa kes keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan pelajar.

Antaranya berkaitan kes buli yang dilaporkan semakin meningkat serta beberapa kejadian rogol yang berlaku di sekolah, sehinggalah kepada insiden pembunuhan melibatkan pelajar seperti yang berlaku di Selangor, kelmarin. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast