KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meminta orang ramai membantu mengesan dua individu yang dikehendaki bagi perbicaraan kes di mahkamah di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Menurut kenyataan, individu pertama ialah seorang lelaki tempatan, Kwek Meng Kheng, 38, beralamat terakhir di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
Seorang lagi ialah lelaki warga Myanmar, Zaw Htet Aung berusia 22 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
JIM memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua individu berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanak (TPPK), Ella Fazlina Mat Misiah.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Cawangan Siasatan Khas (USK 5), Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya di talian 03-8880 3300 atau Bilik Gerakan 03-8880 1555. – MalaysiaGazette
















