Tular dalam media sosial memaparkan beberapa wanita bergaduh di sebuah taman di Bukit Gambir, Tangkak, semalam.

TANGKAK – Tular dalam media sosial lima wanita termasuk sudah berusia bergaduh akibat perselisihan faham di sebuah taman di Bukit Gambir di sini semalam kini dalam siasatan polis.

Kejadian itu yang berlaku pukul 7.39 pagi dan dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular dalam Facebook.

Video tular berkenaan memaparkan wanita berkenaan memegang penyodok sampah, penyapu dan gayung ketika bergaduh.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, siasatan awal dijalankan sebaik menerima maklumat mengenai video terbabit.

“Hasil siasatan mendapati insiden itu membabitkan lima wanita dengan kejadian berpunca daripada perselisihan antara jiran tetangga di taman perumahan terbabit.

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan individu terbabit sudah pun dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi.

Roslan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi ataupun menyebar video berkenaan.

Polis komited memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjaga. Mereka mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222 atau balai polis berhampiran,”  katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Aksi ‘perang’ sesama jiran tular di media sosial

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast