Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu di negara ini.

Ucapan Seri Paduka Baginda berdua dikongsikan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Semoga perayaan Deepavali ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya,” menurut hantaran itu.

Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya akan disambut oleh penganut Hindu di Malaysia, esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast