Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah. Gambar: Ihsan PDRM.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan hilang sejak 15 Oktober lalu selepas kali terakhir dilihat meninggalkan kediamannya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan lelaki berkenaan, Mohd Fadhil Mohamed @ Ahadiah, 40,  lebih kurang pukul 9.15 malam, 16 Oktober lepas.

“Individu yang merupakan lelaki Melayu beragama Islam itu dilaporkan keluar dari rumahnya di alamat No E-07-10, Kuarters IPD Subang Jaya, Jalan USJ 8, Subang Jaya dengan memandu sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna hitam bernombor pendaftaran WC 8024 K.

“Sehingga kini, dia masih belum pulang ke rumah dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mohd Fadhil mempunyai ketinggian 167 sentimeter dan berat kira-kira 85 kilogram dengan ciri fizikal berkulit coklat, rambut pendek, hidung lebar, mata sepet dan mulut tebal.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi terus Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 / 03-7862 7100.

Orang ramai juga boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Suhaimi Ibrahim di talian 019-830 1476 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast