Wanita SPRM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kakitangan sebuah badan berkanun direman empat hari kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan sindiket penyelewengan dana bantuan yang melibatkan peruntukan wang zakat kira-kira RM120,000 bagi 28 pemohon yang tidak layak.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek wanita berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.

“Siasatan awal juga mendapati suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM2,500 dan melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast