Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diserap menjadi pengawal keselamatan di sekolah bagi usaha mengawal insiden moral seperti buli dan jenayah.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Datuk Mohd Ali Baharom menegaskan bekas ATM ada kepakaran dan terlatih terutama soal pembentukan disiplin kepada generasi muda.

“Kementerian Pendidikan, pihak sekolah boleh berbincang terus sama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kementerian Pertahanan Malaysia (JHEV) bagi tujuan itu.

“Mereka (bekas ATM) terlatih dan ada kepakaran,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu kontroversi melibatkan masalah disiplin di sekolah dan asrama institusi Pendidikan sekarang.

Selain kes buli, sekolah sekarang juga menjadi lokasi kes jenayah termasuk bunuh, katanya yang dikenali sebagai Ali Tinju.

Menurut beliau, senario sedemikian perlu dibendung dan selain menguatkuasakan dasar, tindakan serta merta perlu dibuat termasuk menyerapkan bekas ATM sebagai pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, Ali Tinju mahu proses pembayaran gaji bekas ATM itu perlu dilakukan secara terus oleh KPM atau pun Kementerian Pertahanan tanpa melibatkan orang tengah.

“Tidak perlu orang tengah atau syarikat khas dibuat untuk tujuan itu kerana ia menaikkan kos dan mengurangkan gaji kepada pengawal keselamatan.

“Biar bekas ATM yang dipilih mendapat gaji terus daripada KPM,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast