PARIS – Perompak memecah masuk muzium Louvre dan melarikan permata-permata tidak ternilai harganya dalam tempoh tujuh minit dalam rompakan pada siang hari, kata sumber dan para pegawai.
Polis memburu dalang pada tengah hari ini, dan hanya mahkota abad ke-19 yang diliputi berlian dan batu zamrud ditemui berhampiran bangunan berdekatan.
Perompak menggunakan alat pengangkat perabut dan peralatan lain untuk memecah masuk ke dalam galeri yang menempatkan mahkota itu dan lukisan Mona Lisa, kata sumber dan para pegawai.
Mahkota Ratu Eugenie, isteri kepada Napoleon III ditemui rosak berhampiran muzium itu, menurut sumber yang tidak mahu dikenali.
Mahkota tersebut mempunyai 1,354 berlian dan 56 batu zamrud, menurut laman sesawang muzium tersebut.
Rompakan itu, salah satu daripada beberapa sasaran muzium Perancis sejak kebelakangan ini, memaksa Lourve ditutup pada hari ini.
Anggota tentera meronda di pintu masuk utama, berupa piramid yang dibuat daripada kaca, manakala pasukan polis memasuki muzium tersebut.
Para pelawat, pelancong dikeluarkan daripada muzium tersebut dan mereka yang lalu lalang berada di belakang pita polis.
“Jangan buang masa anda, pulang ke rumah dan dapatkan wang anda semula daripada laman esawang,” kata seorang kakitangan kepada pelawat yang dilarang mamasuki muzium tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez berkata, tiga atau empat pencuri menggunakan alat pengangkat perabut dan peralatan lain untuk mencuri barangan yang tidak ternilai harganya daripada dua tempat pameran di ‘Gallerie d’Apollon’ (Galeri Apollo).
Setakat ini tidak jelas barangan lain yang dilarikan.
Pada kebiasaannya barangan yang dipamerkan di situ termasuk tiga butir berlian, iaitu Regent, Sancy dan Hortensia selain sebutir batu zamrud dan rantai leher beserta batu berlian yang merupakan pemberian Napoleon kepada isterinya, Ratu Marie Louise.
Para pencuri itu tiba antara jam 9.30 pagi dan 9.40 pagi, menurut sumber. Lourve dibuka pada jam 9 pagi
Menurut sumber polis, pencuri tersebut menaiki skuter membawa alat pengisar dan menggunakan alat pengangkat perabut, berupa tangga yang boleh dipanjangkan untuk memindahkan perabot, untuk memasuki ruang pameran yang mereka sasarkan.
Kajadian tersebut berlaku 800 meter dari ibu pejabat polis Paris.
Pegawai Pejabat Pendakwa Raya Paris berkata, pihaknya telah membuka siasatan dan nilai barangan yang dirompak masih dikaji. – AFP
















