Logo KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi kemudahan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membuat pilihan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal susulan Sidang Kemuncak ASEAN pada 26-28 Oktober ini.

Kementerian itu berkata, setiap IPT diminta untuk membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang tempoh terbabit untuk menentukan keperluan bagi PdP secara dalam talian.

Jelasnya, ini bagi memastikan warga tidak terkesan dengan penutupan jalan berkenaan.

“Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang akan berlangsung pada 26-28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, KPT mengambil maklum akan pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran melibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah KPT, kemudahan yang diberikan itu bagi memastikan kesejahteran warga IPT dan membolehkan mereka merancang pergerakan masing-masing sekali gus memastikan proses PdP dapat berjalan dengan lancar.

Pelajar dan warga IPT yang terkesan turut boleh berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast