Anggota Bomba mengangkat mayat lelaki warga emas yang ditemui dalam longkang.

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan penemuan mayat seorang warga emas yang ditemui dalam longkang di Bandar Country Homes, Rawang sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan insiden tersebut pada jam 12.40 tengah hari, semalam

Tambah beliau, kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa memberitahu adiknya bahawa beliau ingin keluar beraya di rumah rakannya.

“Namun begitu, sekitar jam sembilan pagi esoknya, adik mangsa gagal menghubungi mangsa dan telah berusaha mencarinya di rumah rakan tersebut serta kawasan sekitar, namun tidak berjaya menemui mangsa.

“Mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam longkang sebelum dijumpai oleh orang awam,” katanya di kenyataan media hari ini.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Sungai Buloh dan mayat mangsa telah di bawa ke sana bagi tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Bandar Country Homes, Asistan Superintendan Murziana Qayyisa binti Hj Angu di talian 012-5285499 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222,” katanya.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditemui meninggal dunia di dalam longkang di sini semalam.

Polis klasifikasi warga emas ditemui meninggal dunia dalam longkang sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette

Mayat warga emas ditemui dalam longkang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast