Tangkap layar lelaki bertopeng di kawasan perumahan di Kampung Subang Jaya.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti individu bertopeng yang  tular di media sosial meskipun tiada sebarang unsur jenayah dan ancaman kepada keselamatan orang awam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata,  kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan sekitar Kampung Subang Jaya.

“Video tular itu memaparkan seoran lelaki bertopeng kononnya menyerang kanak-kanak di sekitar kawasan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati rakaman itu bukan kejadian serangan seperti didakwa dan perkara itu tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati, video itu sudah dipadamkan daripada semua platform media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Terdahulu, tular video pengguna media sosial mendakwa seorang lelaki bertopeng mengejar anaknya dan rakan.

Pengguna itu mendakwa, anaknya telah keluar mencari kucing hilang di sekitar rumahnya dan lorong bersebelahan kawasan itu.

Dia kemudian mendengar perbualan anaknya bersama rakan berkaitan individu terbabit dan mengambil inisiatif untuk keluar meronda serta mencari lelaki itu sebelum menemukannya.

Namun, hasil pemeriksaan pada tubuh lelaki terbabit tidak menemukan sebarang senjata, selain individu terbabit mendakwa hanya mahu memberikan gula-gula kepada mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast