Polis mengesahkan dua individu maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Kampung Kayan, Sitiawan. Foto, ihsan JBPM Perak.

LUMUT- Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan – Sitiawan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, mangsa maut merupakan seorang wanita berusia 40 tahun dan lelaki berusia 38 tahun.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berkenaan kemalangan yang juga membabitkan kenderaan jenis treler, motosikal dan kereta itu sekitar pukul 8.25 pagi.

“Pihak polis memohon kerjasama sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan yang berlaku untuk menyalurkan kepada pihak polis.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Inspektor Mohd Hairy Baharuddin di talian 0145654565 bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera dilanggar sebuah lori ketika membantu mangsa kemalangan di Jalan Kampung Kayan, Sitiawan.

Dilaporkan, kemalangan melibatkan sebuah lori, dua motosikal, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast