Logo Meta

NEW YORK – Syarikat induk Facebook, Meta, akan memberhentikan sekitar 600 pekerja daripada bahagian kecerdasan buatan (AI), menurut laporan The Wall Street Journal dan The New York Times.

Langkah pemberhentian ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menyusun semula operasi selepas tempoh pengambilan pekerja besar-besaran, khususnya dalam pasukan AI Meta.

Namun begitu, makmal TBD (TBD Lab), kumpulan penyelidikan AI berprofil tinggi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg tidak akan terjejas.

Makmal tersebut sebelum ini telah menarik penyelidik terkemuka dari syarikat seperti OpenAI dan Apple dengan pakej gaji yang lumayan.

Sebaliknya, pemberhentian ini akan tertumpu kepada pasukan yang membangunkan produk dan infrastruktur AI, dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan tanpa menjejaskan penyelidikan utama syarikat.

Menurut memo daripada Ketua Pegawai AI, Alexandr Wang, langkah ini diambil untuk mengurangkan “kelebihan organisasi” dan membolehkan proses membuat keputusan menjadi lebih cepat.

Meta setakat ini belum memberikan sebarang maklum balas rasmi mengenai laporan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast