Gambar Logo Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan Pakej Haji bagi Musim 1447H/2026M.

Ketua Jabatan Haji, Mohd Hisham Harun berkata, Jawatankuasa Urusan Haji telah melaksanakan penilaian ke atas permohonan lesen daripada 60 buah syarikat.

“Setelah semakan teliti meliputi aspek keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu, 31 syarikat telah diluluskan bagi musim 1447H/2026M berbanding 37 syarikat pada musim haji lepas.

“Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan selaras dengan tanggungjawab TH sebagi peneraju urusan haji negara,” jelas beliau.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap tawaran pakej haji oleh pihak tidak berlesen.

Semua bakal jemaah disaran menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal TH di www.tabunghaji.gov.my.

Beliau menegaskan sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesenadalah menyalahi Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam).

Oleh itu, tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap individu atau agensi yang terlibat dan menyeru semua umat Islam yang berhasrat menunaikan haji agar hanya berurusan dengan PJH yang sah dan dilesenkan oleh TH, jelasnya lagi.

Berikut senarai 31 PJH berlesen bagi Musim Haji 1447H/2026M.

1. TH Travel & Services Sdn Bhd
2. Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd
3. Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd
4. Amani Travel Sdn Bhd
5. Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
6. Az Safir Travel And Tours Sdn Bhd
7. Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
8. Busyra Holidays Sdn Bhd
9. CS Holidays Sdn Bhd
10. Eiman Travel & Tours Sdn Bhd
11. Felda Travel Sdn Bhd Feld
12. Gemilang Travel And Tours Sdn Bhd
13. Harmony Excellence Holidays Sdn Bhd
14. In Saff Travel And Tours Sdn Bhd
15. Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd
16. JAD Travel & Tours (M) Sdn Bhd
17. Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd
18. Juara Travel & Tours Sdn Bhd
19. Kembara Umrah Sdn Bhd
20. KRS Travel Sdn Bhd
21. KUJDT (Tiara Mass Travel & Tours Sdn Bhd)
22. Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd
23. MIMM Travel & Tours Sdn Bhd
24. Qashwa Travel Sdn Bhd
25. Rayhar Travels Sdn Bhd
26. Rehlah International Travel & Tours Sdn Bhd
27. Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
28. TITIM Travel Sdn Bhd
29. Tri-D Travel & Tours Sdn Bhd
30. Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd
31. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast