GV12 masih mengekalkan 3 juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selain duo hos terkenal iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

KUALA LUMPUR – Rancangan realiti nombor satu, Gegar Vaganza (GV) kini kembali lagi untuk meraikan bintang-bintang legenda era ’80-an dan 2000-an dengan musim ini memperkenalkan konsep eksklusif “GV-Verse”,

GV12 menampilkan 13 barisan peserta solo dan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal menampilkan kehebatan seni serta menghidupkan kembali pentas dengan persembahan yang penuh pesona dan luar biasa.

Mewakili Malaysia, barisan peserta Gegar Vaganza GV12 menampilkan nama-nama hebat seperti penyanyi Datuk Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam dan Nubhan bersama duo pop Freshies (Ejie dan Shima).

Rahmat Ekamatra.

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Datuk Elaine Kang.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini yang  menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Pada musim ini, pihak Astro masih mengekalkan maestro muzik, Datuk Ramli MS sebagai ketua juri di samping Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad kekal sebagai pengacara dan akan bergandingan bersama rakan hos, Sherry Alhadad.

Edisi ke-12 bakal bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam mulai 2 November ini  setiap Ahad pukul 9 malam dan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast