KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah menerusi Op Taring Wawasan Kelantan selepas menemui 7.05 kilogram (kg) ganja dalam serbuan di Kampung Tok Pelanduk semalam.
Dalam serbuan sekitar11.30 pagi itu, polis bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di kampung berkenaan yang tidak berpenghuni.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di luar rumah menemui satu guni berisi bahan disyaki ganja seberat 7.05 kg.
Menurut sumber polis, anggota PGA menunggu hampir lima jam di lokasi namun tiada individu yang datang menuntut barang berkenaan.
Anggaran nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM254,000 dan barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette
















