Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjauh dalam lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu, Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjauh dalam lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Johar Tumin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 2.19 petang.

Susulan itu katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya 7 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak,Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal iaitu murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Pencu berusia 12 tahun terjatuh dalam sebuah lombong.

“Mangsa kemudian berjaya ditemui pukul 3.10 petang oleh pasukan penyelamat selepas kaedah surface searching dan grapling iron digunakan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 2 meter sebelum disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, maayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 3.43 petang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast