Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan kekal tenang ketika diaju soalan daripada wartawan Jepun yang meminta beliau mengulas tentang pendirian ASEAN terhadap pilihan raya di Myanmar yang akan berlangsung pada tahun depan.

Suasana di bilik media senyap seketika apabila wartawan itu bertanya: “Bolehkah anda jawab dengan jujur?”.

Mohamad menjawap: “Anda tanya saya dengan jujur (frankly speaking all this while)? Kenapa anda fikir saya tidak jujur? Kenapa anda datang ke sini jika anda fikir saya tidak jujur? Saya ingin tahu apa pendapat anda,”.

Wartawan itu berkata, beliau tidak mengenai Menteri Luar itu dan beliau hanya mahu pandangan yang jujur.

Mohamad menjelaskan, ASEAN mengikuti perkembangan politik Myanmar dan pilihan raya di negara itu perlu memenuhi piawaian yang adil, telus dan inklusif.

Tambahnya, Malaysia telah memastikan pegawai kanannya memantau dan berhubung dengan pihak berkaitan selain mendapat maklumat secara langsung bagi memahami proses pilihan raya di Myanmar.

Katanya, ASEAN tidak akan terburu-buru mengiktiraf keputusan atau pentadbiran baharu di Myanmar selagi proses pilihan rayanya tidak memenuhi prinsip tersebut.

“Saya rasa agak sukar bagi ASEAN untuk mengendali pilihan itu pada ketika ini. Sebab itu kami membenarkan kerajaan berkenaan untuk berbual dengan rakyat mereka sendiri dan memberi ruang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam proses itu,” ujarnya dengan senyuman sambil menambah, adakah apa yang dijawapnya cukup terus terang untuk wartawan Jepun itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast