PETALING JAYA – Melalui pindaan perlembagaan yang diluluskan, Persatuan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) akan terus proaktif membela ahli-ahlinya.
Yang Dipertuanya, Datuk Azman Shah Abdullah berkata, komitmen ahli-ahli yang sebulat suara menyokong pindaan itu akan menjadikan pihaknya lebih bersemangat untuk meneruskan perkhidmatan.
Pada Mesyuarat Agung Khas PEKAP 2025 di Kelana Jaya hari ini telah meluluskan beberapa pindaan terhadap perlembagaan persatuan seperti diminta oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Penjelasan mantan Yang DiPertua PEKAP, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar mengenai perlunya pindaan perlembagaan itu dibuat memberi kefahaman kepada ahli-ahli.
Kira-kira 400 ahli PEKAP hadir pada mesyuarat khas kali ini.

Pada majlis yang sama, PEKAP turut menyampaikan bantuan zakat kepada ahlinya yang menjadi asnaf Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).
Azman dan wakil PKZ, Che Samsol Ibrahim menyampaikan bantuan kepada asnaf terbabit. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















