KLANG – Seorang remaja lelaki maut apabila maut selepas terbabas dan terjatuh di Lebuh Raya KESAS dari arah Shah Alam ke Klang awal pagi tadi.
Mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan gagal mengawal motosikalnya itu tercampak di lorong kanan selepas dirempuh dua penunggang motosikal lain yang datang dari arah yang sama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Supritendan Kamalariffin Aman Shah berkata, kedua-dua penunggang motosikal itu telah melarikan diri sejurus kejadian.
Kesemua mangsa dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram.
Dalam video tular, mangsa juga hampir dilanggar treler namun kenderaan berat itu sempat memberhentikan kenderaannya.
Kes disiasat di Bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Polis menyeru semua mangsa yang terlibat dan saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan. – MalaysiaGazette
















