Seramai 1,692 mangsa banjir dilaporkan berlindung di 15 PPS membabitkan Pulau Pinang serta Kedah.

GEORGE TOWN – Seramai 1,692 mangsa banjir masih ditempatkan di 15 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Pulau Pinang dan Kedah setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 411 mangsa membabitkan 108 keluarga masih berlindung di lima PPS di dua daerah di Pulau Pinang.

Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kekal merekodkan jumlah pemindahan tertinggi dengan 392 mangsa daripada 104 keluarga ditempatkan di empat PPS yang diaktifkan sejak Jumaat lalu.

Bagi Seberang Perai Tengah (SPT), seramai 19 mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Guar Perahu di Mukim Penanti.

Sementara itu di Kedah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa menunjukkan penurunan apabila hanya 1,281 mangsa kini berada di 10 PPS melibatkan enam daerah.

“Empat PPS dibuka di daerah Kulim bagi menempatkan 554 mangsa daripada 163 keluarga, manakala di Pendang dua PPS menempatkan 330 mangsa daripada 90 keluarga.

“Masing-masing satu PPS dibuka di daerah Kota Setar dengan 225 mangsa, Pokok Sena (136), Kubang Pasu (23) dan Padang Terap (13),” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast