Pemeriksaan terhadap kereta Proton Exora yang dinaiki mereka menemukan 18.5 kilogram bunga ganja dengan nilai rampasan dianggarkan RM553,500. ihsan : polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih ditahan kerana dipercayai mengedar dadah jenis bunga ganja bernilai lebih RM500,000 di Jalan Klang Lama, Sabtu lalu.Datuk Fadil Marsus, Ketua polis Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pasangan berusia 47 dan 56 tahun itu diberkas di tempat letak kereta sebuah kondominium pada jam 3.20 petang.

“Pemeriksaan terhadap kereta Proton Exora yang dinaiki mereka menemukan 18.5 kilogram bunga ganja dengan nilai rampasan dianggarkan RM553,500 dan jumlah ini mampu menjejaskan sehingga 37,000 pengguna,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Fadil, siasatan mendapati pasangan itu menggunakan kawasan parkir kondominium sebagai lokasi transaksi dan dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak Ogos lalu di sekitar Lembah Klang.

Tambah beliau, ujian air kencing menunjukkan kedua-duanya negatif dadah lelaki berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, mereka kini direman selama enam hari sehingga 31 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Katanya, polis turut menyita wang tunai RM250 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast