Seorang bduak cedera dikelar di leher dengan bajunya berlumuran darah di rumahnya di sebuah kampung di Parit Raja, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Polis hari ini menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang parah selepas lehernya dikelar menggunakan pisau di sebuah rumah di Parit Raja di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kedua-duanya yang berusia 41 tahun ditahan pukul 4 petang di pekarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat bagi membantu siasatan.

Shahrulanuar Mushaddat

“Siasatan dilakukan bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 5.30 pagi semalam, mangsa ditemukan dalam keadaan parah selepas leher sebelah kiri kanak-kanak itu dikelar menggunakan senjata tajam.

Shahrulanuar dilapor berkata, siasatan dijalankan sebaik pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 40 tahun pada 9 pagi hari kejadian.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast