Tular satu klip video memaparkan aksi jelik di kawasan terbuka dipercayai melibatkan dua pelajar lelaki dan perempuan berpakaian sekolah menengah di Dataran Pahlawan, Melaka hari ini.

MELAKA – Tular satu klip video memaparkan aksi kurang sopan di kawasan terbuka dipercayai melibatkan pelajar lelaki dan perempuan berpakaian sekolah menengah di Dataran Pahlawan, Melaka hari ini.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 15 saat itu, kelihatan pelajar lelaki berseluar putih sedang berbaring di atas padang awam berkenaan.

Pada masa sama, kelihatan pelajar perempuan bertudung yang turut memakai pakaian seragam sekolah seolah-olah sedang menunduk dan bercakap dengan pelajar lelaki berkenaan.

Sudut rakaman video berkenaan bagaimanapun menampakkan seolah-olah pasangan itu berkelakuan tidak senonoh sehingga mendapat pelbagai reaksi warga net.

Rata-rata mereka mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap dua pelajar sekolah berkenaan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan reaksi pihak berkuasa berkenaan masa dan tarikh sebenar kejadian berkenaan dirakamkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast