Mayat mangsa ditemui di ruang tamu rumah tersebut.

BALIK PULAU – Seorang warga emas ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya yang berkunci di sebuah pangsapuri di Taman Teluk Kumbar di sini petang tadi.

Lelaki berusia 66 tahun dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sebuah kerusi oleh anggota bomba yang membantu membuka pintu rumah berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau, Wan Mohd Faizal Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 4.12 petang daripada polis bagi mendapatkan bantuan membuka pintu yang terkunci.

“Sebaik tiba di lokasi pukul 4.27 petang, pasukan kami dimaklumkan terdapat seorang individu berada bersendirian di dalam rumah tersebut.

“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan lanjut oleh petugas Kementerian Kesihatan  mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya hari ini.

Tambah beliau, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan operasi selesai sepenuhnya kira-kira 5.16 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast