Keadaan lori dan kereta yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan pemandu BMW di Persiaran Medini, dekat Iskandar Puteri, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Medini di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II Nurmala Sideli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 5.26 petang.

Enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan kereta BMW dinaiki empat orang dengan sebuah lori. Kemalangan itu menyebabkan pemandu kereta iaitu lelaki dewasa maut.

“Seorang penumpang lelaki dewasa cedera manakala dua lagi penumpang iaitu lelaki dan wanita dewasa termasuk pemandu lori tersebut selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak bomba mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas, lelaki yang cedera diberikan rawatan awal manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.

Tambahnya, operasi tersebut tamat pukul 6.54 petang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast