Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyerahkan peruntukan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif pada Majlis Pra-Pelancaran dan Sidang Media Projek ‘I LITE U’ di Dadi Cinema, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 29 OKTOBER 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukan sebanyak RM2 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam inisiatif merancakkan sektor pelancongan di ibu kota sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu diberikan kepada DBKL untuk memperindahkan lagi ruang awam di persekiitaran Bukit Bintang melalui projek I Lite U.

“KPKT dengan bangganya memperuntukkan RM2 juta kepada DBKL, inisiatif ini bertujuan untuk meperindahkan ruang awam kita.

“Antara usaha itu ialah projek ‘I Lite U’, iaitu inisiatif pencahayaan inovatif ke arah bandar eco elegan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pra Pelancaran ‘I Lite U’, di sini, hari ini.

Tambahnya, DBKL turut memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi memastikan program Lightshield menjadi program yang menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

“Datuk Dr. Maimunah (Datuk Bandar Kuala Lumpur) juga telah bersetuju bagi meningkatkan peruntukan sebanyak RM2 juta lagi yang menjadikan jumlahnya RM4 juta.

“ini bagi memastikan program lightshield ini bukan sahaja program pengindahan dengan cahaya sahaja tetapi turut menyokong agenda SDG 2030,” ujarnya.

Beliau menyatakan projek ini turut melibatkan beberapa organisasi seperti Alam Flora bagi memastikan kawasan Bukit Bintang sentiasa bersih, ceria dan juga mampan.

Projek ini akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim pada 3 Januari depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast