KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh mencatatkan pertumbuhan positif di kebanyakan negeri pada 2024, dengan Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Melaka, Selangor dan Sarawak melepasi 2.4 peratus pertumbuhan negara.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, produktiviti buruh Malaysia meningkat 2.4 peratus pada tahun 2024, merekodkan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM99,265 seorang (2023: 0.7%; RM96,914 seorang) sejajar pertumbuhan 5.1 peratus ekonomi Malaysia pada tahun 2024 (2023: 3.5%).

Sementara itu, jumlah pekerja meningkat kepada 16.6 juta orang, menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.6 peratus pada tahun 2024 (2023: 16.2 juta; 2.8%).

“Kebanyakan negeri mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada tahun 2024, dengan enam negeri mengatasi kadar pertumbuhan negara, didahului oleh Pahang dengan pengembangan 4.9 peratus (2023: 2.8%), diikuti oleh Johor yang meningkat sebanyak 4.3 peratus (2023: 2.1%), Kuala Lumpur pada 3.0 peratus (2023: 0.8%), Melaka pada 2.8 peratus (2023: 0.8%), Selangor pada 2.8 peratus (2023: 1.9%) dan Sarawak pada 2.7 peratus (2023: -1.2%),” katanya.

Pahang merekodkan produktiviti buruh tertinggi pada tahun 2024 dengan peningkatan 4.9 peratus, mencatatkan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM106,316 seorang (2023: 2.8%; RM101,313 seorang) disokong oleh pertumbuhan dalam sektor pembinaan yang berkembang pada 15.9 peratus (2023: 47.5%), diikuti oleh sektor pertanian pada 12.8 peratus (2023: -0.1%) dan sektor perkhidmatan pada 1.4 peratus (2023: 2.8%).

Sebaliknya, sektor perlombongan dan pengkuarian dan sektor pembuatan masing-masing merekodkan penurunan sebanyak 2.3 peratus (2023: 9.3%) dan 0.9 peratus (2023: -2.2%).

Di Johor, produktiviti buruh meningkat 4.3 peratus (2023: 2.1%), mencatatkan nilai ditambah bagi setiap pekerja sebanyak RM80,156 seorang (2023: RM76,843 seorang) dipacu oleh pengembangan ketara dalam sektor pembinaan yang bertumbuh pada 53.5 peratus (2023: 17.9%), diikuti oleh sektor perlombongan dan pengkuarian pada 10.5 peratus (2023: 5.7%), sektor pertanian pada 3.8 peratus (2023: 2.3%), sektor pembuatan pada 3.4 peratus (2023: 0.7%) dan perkhidmatan pada 1.4 peratus (2023: 1.0%).

Produktiviti buruh Kuala Lumpur meningkat 3.0 peratus (2023: 0.8%), merekodkan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM100,223 seorang (2023: RM97,328 seorang).

Pertumbuhan dicatatkan dalam semua sektor, diterajui oleh sektor Pembinaan yang melonjak sebanyak 19.1 peratus (2023: -10.4%), diikuti oleh sektor perlombongan dan pengkuarian pada 3.0 peratus (2023: 3.6%), sektor pembuatan pada 2.2 peratus (2023: 1.4%), perkhidmatan pada 2.1 peratus (2023: 1.8%) dan pertanian pada 0.1 peratus (2023: 0.3%).

Di Melaka, produktiviti buruh bertumbuh 2.8 peratus (2023: 0.8%), merekodkan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM109,928 seorang (2023: RM106,897 seorang) disokong oleh pertumbuhan dalam semua sektor, diterajui oleh sektor pembinaan yang berkembang sebanyak 23.3 peratus (2023: 6.6%), diikuti oleh pertanian pada 8.2 peratus (2023: 6.4%), perlombongan dan pengkuarian pada 4.1 peratus (2023: 4.0%), pembuatan pada 2.6 peratus (2023: 0.3%) dan perkhidmatan pada 2.3 peratus (2023: 0.8%).

Pada tahun 2024, produktiviti buruh Selangor berkembang 2.8 peratus (2023: 1.9%), merekodkan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM102,991 seorang (2023: RM100,194 seorang) disebabkan oleh peningkatan dalam produktiviti buruh bagi semua sektor, kecuali sektor pertanian yang menurun sebanyak 7.5 peratus (2023: -13.5%).

Produktiviti buruh Sarawak berkembang sebanyak 2.7 peratus pada tahun 2024 (2023: -1.2%), mencatatkan nilai ditambah per pekerja sebanyak RM129,525 seorang didorong oleh pertumbuhan dalam semua sektor, diterajui oleh pembinaan 14.7 peratus (2023: 5.5%), diikuti oleh pertanian 3.9 peratus (2023: 0.5%), perlombongan dan pengkuarian 2.6 peratus (2023: 0.8%), perkhidmatan 1.6 peratus (2023: 2.0%) dan pembuatan1.4 peratus (2023: -6.0%).

Mohd Uzir berkata, dengan dorongan pasaran buruh yang mampan danekonomi yang stabil, produktiviti buruh Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk prospek positif yang berdaya tahan walaupun berdepan cabaran dalam pembaharuan pasaran buruh dan ketidaktentuan ekonomi.

Pelaburan berterusan dalam pembangunan kemahiran terutamanya tenaga kerja melalui latihan dan pendidikan, transformasi digital, komunikasi dan analitik akan menjadi kuncidalam mengekalkanpeningkatan kecekapan buruhdi setiap negeri di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast