Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan cedera selepas terjatuh dari tingkat satu sebuah sekolah menengah di Shah Alam hari ini akibat putus cinta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa merupakan pelajar tingkatan satu di sekolah terbabit.

“Siasatan mendapati, mangsa mengalami kemurungan dipercayai putus cinta dengan teman lelakinya merupakan pelajar tingkatan dua di sekolah sama.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami luka di dahi serta kaki dan kini dilaporkan dalam keadaan sedar serta stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan itu katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast