Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

TASEK GELUGOR – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kampung Pokok Jenerih I, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, remaja berusia 15 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 dilaporkan tercampak ke dalam parit berhampiran, manakala pemandu van terbabit tidak cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 5.09 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor bergerak ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 5.19 petang, anggota bertindak menyelamat dan membawa keluar mangsa dari parit berhampiran.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.26 petang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast