Gambar hiasan

SERDANG – Tiga lelaki tempatan dicekup polis susulan kes penemuan mayat seorang wanita yang tidak berpakaian dengan tangan yang berikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, di sini pada 29 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30-an itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini pihak polis telah menahan tiga suspek dan permohonan reman diperoleh pagi tadi bagi membantu siasatan dengan lebih lanjut.

“Adik kandung mangsa telah mengenal pasti mayat sebelum proses bedah siasat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, motif pembunuhan tersebut masih berada dalam siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Baru-baru ini, Muhamad Farid Ahmad dilaporkan berkata, jasad wanita itu ditemui orang awam yang kemudian membuat laporan polis pada 3.45 petang.

Kes ini disiasat mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati kepada pelaku sekiranya disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast