Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO menempelak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana mengugut wartawan yang bertanyakan soalan mengenai majlis prapelancaran projek ‘I Lite U’ baru-baru ini.

Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebagai seorang menteri itu sepatutnya menjawab apa sekali pun soalan yang ditanya bukan bertindak menakut-nakutkan wartawan.

Wahai menteri. Kamu memang ada hak nak jawab apa sekali pun tentang soalan yang ditanya. Tapi kamu tiada hak untuk mengugut dengan niat untuk menakutkan wartawan yang bertanyakan soalan.

Itu yang orang persoalkan bukan jawapan kamu! Ingatkan bingai sahaja tapi sombong juga bingai sombong!,” tegasnya menerusi kenyataan di Facebook.

Sebagai rekod, pada sidang media majlis prapelancaran projek I Lite U yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Kor Ming ditanya mengapa program tersebut menggunakan bahasa Inggeris bukan Bahasa Kebangsaan.

Awalnya, beliau menjelaskan, ia merupakan acara pelancongan, oleh itu penggunaan bahasa Inggeris lebih sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa.

Kor Ming kemudian menyoal wartawan berkenaan berkaitan media tempatnya bekerja.

Apabila wartaran itu memberitahu beliau dari Utusan Malaysia, menteri dengan wajah serius berkata akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan berhubung soalan yang diajukan itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast