PUCHONG – Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki dan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan baru-baru ini di kawasan Puchong.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad, kehilangan kanak-kanak perempuan berbangsa India berumur 12 tahun itu telah dilaporkan oleh seorang wanita berusia 34 tahun.
Kanak-kanak perempuan yang bernama Kangadevi ini hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Vista Lavender, Seksyen 3, Taman Kinrara, Puchong, semalam.
Kangadevi berkulit gelap, rambut panjang berwarna hitam dan berketinggian kira-kira 145 sentimeter.
Kes kedua pula membabitkan seorang remaja lelaki Melayu berumur 15 tahun yang juga dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puchong Jaya, Puchong, Khamis lalu.
Kehilangannya Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah, 14, dilaporkan oleh ibunya.
Remaja tersebut mempunyai kulit cerah, rambut pendek berwarna hitam, berbadan kurus dan berketinggian kira-kira 162 sentimeter.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak perempuan itu diminta menghubungi Inspektor Sivanantha manakala Inspektor Muhammad Yusof Hasan Ganny di talian 03-80762222 bagi kes remaja lelaki. – MalaysiaGazette















