Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun maut selepas tergelincir ke dalam kolam di kawasan Air Terjun Lata Kinjang, dekat Chenderiang, petang semalam.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 5.10 petang dan operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah.

“Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam kolam di kawasan tempat pemeriksaan 12 di bahagian paling atas air terjun dan tidak sedarkan diri.

“Pasukan penyelamat perlu mendaki kira-kira satu kilometer ke bahagian puncak air terjun untuk sampai lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Shazlean berkata rakan mangsa telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa tiada tindak balas sebelum menghubungi talian kecemasan.

Beliau berkata mangsa dibawa turun oleh pasukan penyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast