KUALA LUMPUR – Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan Primeworks Studios, Blood Brothers: Bara Naga mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih kutipan melebihi RM73.64 juta, sekali gus dinobatkan sebagai filem tempatan kedua terlaris sepanjang zaman.
Datuk Yusof Haslam, Syafiq, dan Abhilash menerima trofi penghargaan daripada Pengerusi Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA), Panchacharam P. Nalliah, pada Festival Filem Malaysia yang ke-34 yang berlangsung semalam di Auditorium Kota Media, RTM.
Dalam ucapannya, Yusof menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan berterusan terhadap karya tempatan.
“Tiga tahun berturut-turut, filem Malaysia berjaya mengatasi kutipan filem Hollywood. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana terus menyokong filem tempatan,” katanya ketika berucap.
Filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson dan Irfan Zaini itu turut menerima merangkul anugerah bagi kategori Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, Sinematografi Terbaik, serta Lagu Tema Terbaik.
Film Blood Brothers mendominasi 13 kategori pencalonan daripada 30 kategori FFM yang ditawarkan kali ini. -MalaysiaGazette















