Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menyertai kejohanan sukan lasak IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi 2025.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus membuktikan semangat luar biasa apabila turut menyertai kejohanan sukan lasak IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi 2025, bersama 18 anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Acara berprestij itu berlangsung di Pantai Kok, Langkawi semalam disempurnakan pelancarannya oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Mohd Salleh Saidin.

Dalam penyertaan kali ini, pasukan PDRM berjaya menampilkan prestasi membanggakan apabila menduduki tempat kedua dalam kategori Relay, manakala bagi kategori IRONMAN 70.3, anggota PDRM, Koperal Muhammad Luqmanul Hakim Hamidi, berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.

Fadil berkata, penyertaan tersebut bukan sekadar cabaran fizikal tetapi juga simbol kekuatan mental dan semangat setiakawan warga PDRM.

“Penyertaan kami dalam IRONMAN adalah bukti bahawa anggota polis bukan sahaja cekap dalam menjalankan tugas keselamatan, tetapi juga berdisiplin dan berdaya tahan tinggi di lapangan sukan,” katanya.

PDRM berjaya menampilkan prestasi membanggakan apabila menduduki tempat kedua dalam kategori Relay, manakala bagi kategori IRONMAN 70.3, anggota PDRM, Koperal Muhammad Luqmanul Hakim Hamidi, berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan.

Menurutnya, penyertaan pasukan polis dalam acara bertaraf antarabangsa itu turut memupuk semangat kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota PDRM, sejajar dengan aspirasi organisasi ke arah pasukan yang kuat, sihat dan berdaya saing.

IRONMAN Malaysia & IRONMAN 70.3 Langkawi 2025 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan ribuan atlet tempatan dan antarabangsa bagi menguji ketahanan melalui renangan, berbasikal dan larian sejauh ratusan kilometer di sekitar pulau legenda itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast