Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 33 tahun berdepan detik hitam apabila dicabul di kawasan tempat letak kereta sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada jam 8.09 pagi tadi.

“Berdasarkan laporan, mangsa memaklumkan dirinya telah dicabul oleh seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia antara 27 hingga 28 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku di kawasan parkir kelab malam berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dan usaha mengesannya sedang diteruskan.

“Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast