Foto: PDRM

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam buah kereta rosak dalam dua kejadian runtuhan batu di Taman Bukit Permai berhampiran Mutiara Court, Ampang, dekat ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat runtuhan batu dari cerun bukit di kawasan parkir di tempat kejadian.

Tambah beliau, kejadian jam 8.15 pagi dan jam 8.50 pagi itu menyebabkan lima buah kereta berjaya dikeluarkan manakala sebuah kereta jenis Perodua Kancil mengalami kerosakan sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak Bomba Pandan Indah juga hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut, Mohd Azam, Majlis Perbandaran mpang aya (MPAJ) melaksanakan kerja-kerja pembersihan menggunakan jentera berat bagi mengalihkan runtuhan batu terbabit.

Tambah beliau, orang ramai diminta mengubungi pihak berkuasa sekiranya terkesan sebarang aktiviti membahayakan di kawasan cerun bukit ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast