Gambar hiasan.

KLANG — Polis telah menahan tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian perselisihan faham dan pergaduhan di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai di sini  semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Supritendan Kamalariffin Aman Shah memaklumkan, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 33 tahun yang mendakwa kejadian itu berlaku kira-kira 2.40 petang melibatkan keluarga isterinya.

Menurut kenyataan polis, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, masing-masing berkaitan kes menyebabkan kecederaan dan khianat.

“Kesemua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan pegawai penyiasat sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu agar tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Prince Syed dakwa dipukul, buat laporan polis di Klang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast