Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes melibatkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dipukul sekumpulan individu di kawasan medan selera sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR), di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan lelaki Melayu berusia antara 49 hingga 61 tahun ditahan di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur.

“Hasil semakan mendapati kes ini bersabit Setapak 17850/25 dan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadil, kejadian dipercayai berpunca daripada tuduhan bahawa mangsa mencuri ‘power bank’ milik rakan kepada salah seorang suspek.

Tangkap layar video tular seorang budak lelaki dibelasah di medan selera sebuah PPR di ibu negara kerana dituduh mencuri powerbank.

Katanya, mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan mengalami luka kecil di dahi dan mulut, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang budak lelaki dipukul dan dimarahi oleh sekumpulan individu lelaki dewasa.

Video tular berdurasi 29 saat itu menarik perhatian ramai apabila rata-rata netizen mengecam tindakan berkenaan, sambil menegaskan isu seperti itu seharusnya diselesaikan dengan cara yang betul. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast