Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua wanita semalam yang disyaki menyamar sebagai wakil persatuan bekas polis meminta sumbangan daripada orang ramai.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga besi buruk di Batu 39 jalan Kuala Lumpur menghala ke Tanjung Malim telah didatangi dua individu yang meminta sumbangan sebanyak RM1,000 untuk persatuan tersebut pada jam 5.54 petang

“Bertindak daripada laporan tersebut, sepasukan anggota daripada Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat berjaya menahan dua individu yang merupakan warga tempatan berumur 23 dan 37 tahun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Ibrahim, susulan penahanan itu, pihaknya merampas sebuah kereta Perodua Myvi, serangkai kunci, enam buku resit, 15 keping dokumen dan sembilan fail bertajuk ‘Persatuan Kebajikan harapan Insan Miskin’, sebuah beg dan dua utas rantai dan wang tunai berjumlah RM550.

Tambah beliau, semakan  mendapati kedua-dua wanita tersebut tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing juga didapati negatif.

“Kedua-dua daspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada jam 9 pagi hari ini untuk permohonan reman,” ujarnya.

Ibrahim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(3) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1974 yang memperuntukan hukuman penjara sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-dunya sekali jika sabit kesalahan.

Ibrahim berkata, penahanan suspek berkenaan dipercayai telah menyelesaikan kes serupa yang berlaku di daerah itu sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast