Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan semula kes kematian seorang warga China yang ditemui mati di sebuah hotel mewah di ibu negara bulan lalu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sebelum ini kes tersebut dilaporkan sebagai mati mengejut (SDR) selepas mangsa ditemui tidak bernyawa di Banyan Tree Hotel, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Hsieh Yu-hsin atau lebih dikenali sebagai Iris Hsieh, bekas jururawat berusia 31 tahun yang ketika itu berada di Malaysia bagi tujuan penggambaran profesional.

Beberapa media Taiwan melaporkan mangsa rebah secara tiba-tiba seblum disahkan meninggal dunia tanpa tanpa sempat menerima rawatan kecemasan.

Pengurusnya, Chris menyifatkan kejadian berlaku terlalu pantas dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas yang tersebar di media sosial kononnya kematian Hsieh ada kaitan dengan penggunaan dadah di Genting Highlands.

Dalam pada itu, Fadil berkata, laporan sebelum ini mengklafisikasi kes berkenaan sebagai SDR namun kini ia telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namun siasatan lanjut kes sedang dijalankan, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast