KUANTAN – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Chegar Medang, Benus, Bentong kelmarin telah ditemui hari ini namun berada dalam keadaan lemah.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, beliau ditemui berhampiran stesen sistem amaran banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kampung berkenaan.
Menurutnya, mangsa, Mohd Taib Ismail, 69, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.15 petang
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan kesihatan.
“Pihak Polis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dan juga penduduk sekitar,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – MalaysiaGazettte
















