vesel nelayan asing warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menangkap ikan tanpa permit di perairan Selangor. foto ihsan media sosial

KUALA LUMPUR – Dua vesel nelayan asing warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menangkap ikan tanpa permit di perairan Selangor, semalam.

Kedua-dua vesel terbabit ditahan ketika rondaan operasi Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris di kedudukan 12.7 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong,

Menurut kenyataan Maritim Malaysia, pemeriksaan mendapati lima kru termasuk seorang tekong bagi setiap bot.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Salleh, berkata hasil pemeriksaan mendapati semua kru berusia antara 29 hingga 62 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot bersama kru ditunda ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Maritim Malaysia akan terus memperketat pemantauan di perairan negara serta mengambil tindakan tegas terhadap vesel nelayan asing yang menangkap ikan tanpa kebenaran. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast