Selain Petron Jalan Dato Keramat, dua lagi stesen Petron turut mara ke peringkat akhir bagi kategori yang sama, iaitu Petron Jalan Johor, Pulau Pinang dan Petron Jalan Segambut, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Petron Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Negara 2024 bagi kategori Perdagangan Borong dan Runcit.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dalam majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA baru-baru ini.

Penganugerahan tahunan anjuran Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) ini memberi pengiktirafan kepada organisasi serta individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

Lebih membanggakan, kemenangan itu merupakan kali pertama dalam sejarah stesen minyak di bawah rangkaian Petron Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah tersebut.

Satu pengiktirafan tertinggi untuk kami warga kerja Petron Jalan Dato Keramat Pulau Pinang.

Pengusaha stesen Petron Jalan Dato Keramat, Naqib Nor Said menyifatkan kemenangan sebagai satu pencapaian luar biasa dan penghargaan tertinggi kepada seluruh warga kerja stesen.

“Sejak kali pertama anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2010, ini kali pertama kami berjaya memenanginya. Ia adalah satu pengiktirafan tertinggi untuk kami warga kerja Petron Jalan Dato Keramat Penang,” katanya dalam kenyataan.

Selain Petron Jalan Dato Keramat, dua lagi stesen Petron turut mara ke peringkat akhir bagi kategori yang sama, iaitu Petron Jalan Johor, Pulau Pinang dan Petron Jalan Segambut, Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan tahap kesedaran tinggi Petron terhadap kepentingan keselamatan di tempat kerja.

Majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan ini merangkumi 32 kategori pengiktirafan melibatkan pelbagai sektor industri di seluruh negara.

Ia diiktiraf sebagai platform tertinggi dalam menghargai organisasi yang menunjukkan komitmen cemerlang terhadap kesejahteraan pekerja serta persekitaran kerja yang selamat dan sihat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast