S. Karunanithy

GEORGE TOWN – Seorang bekas timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM35,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan pemberian projek tender.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima rasuah pada 2022 melalui pemindahan wang ke akaun peribadi serta secara tunai daripada seorang kontraktor sebagai balasan pemberian projek tender,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Suspek ditahan sebelum dilepas dengan jaminan SPRM dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast