Projek MyKampung Baghlan, Afghanistan

KUALA LUMPUR – Projek MyKampung Baghlan, Afghanistan kini sedang dibangunkan bagi menyediakan tempat tinggal selamat kepada keluarga miskin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Badan kemanusiaan Childrity, Farah Lee, pembinaan dilaksanakan di atas tanah wakaf dengan 20 buah rumah kekal sebagai fasa pertama.

“Setiap rumah dibina dengan reka bentuk tahan bencana seperti gempa bumi dan banjir bagi menjamin keselamatan penghuni.” katanya.

Pembinaan MyKampung yang kini telah siap lebih 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Ramadan tahun hadapan.

Lawatan ke tapak projek berkenaan dijalankan sempena misi kemanusiaan Childrity di Afghanistan yang baru-baru ini dilanda gempa bumi besar.

Projek MyKampung Baghlan, Afghanistan di wilayah Baghlan,

Farah Lee berkata, projek itu bukan sekadar pembinaan rumah, tetapi juga simbol kepada usaha membina kehidupan baharu yang lebih stabil.

“Ramai keluarga di sana sebelum ini tinggal dalam khemah atau rumah tanah liat di bawah paras bumi bagi menahan sejuk dan panas.

“Melalui projek ini, mereka akhirnya akan memiliki tempat berteduh yang selamat, kukuh dan lebih manusiawi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia, syarikat korporat serta para dermawan untuk terus menyokong usaha Childrity dan berkongsi sedikit nikmat dengan masyarakat Afghanistan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast